Monday, 2 March 2015

Ranking Sekolah Mengikut Result STPM 2014

Di bawah adalah senarai ranking sekolah di seluruh negeri Kelantan bagi keputusan STPM yang diumumkan pada hari ini.

Ranking Sekolah Bagi Result STPM


Negeri Kelantan Di Tempat Pertama

Result STPM 2014

Friday, 27 February 2015

Keropok Segera Tersedap Di Kelantan

Anda pernah dengar nama 'Keropok Cap Pinggan'? Mungkin ini kali pertama bagi sesetengah orang. Pada entri kali ini, admin akan menceritakan sedikit pasal keropok cap pinggan yang cukup terkenal di negeri Kelantan.

Keropok segera cap pinggan
Keropok Segera Cap Pinggan
Apa yang uniknya dengan keropok cap pinggan? Rasa keropok ini adalah berbeza berbanding keropok lain yang dijual di pasaran. Rasanya sedap dan berbeza disebabkan oleh cara pembuatannya yang teliti. Pemilihan ikan juga menjadi faktor keunikan rasa keropok cap pinggan ini. 

Ramuan asas yang digunakan dalam pembuatan keropok cap pinggan ini adalah ikan selayang, sagu, kanji, garam dan juga perisa yang dibenarkan. Keropok cap pinggan sangat diminati penduduk setempat dan bagi yang berkunjung ke Kelantan biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan keropok cap pinggan.

Keropok segera cap pinggan
Testimoni Customer Keropok Segera Cap Pinggan

Keropok cap pinggan dijual secara runcit dan borong. Harga runcit bagi keropok ini adalah RM 1, harga yang cukup murah dengan rasanya yang sedap.

Keropok segera cap pinggan
Enak Dimakan Selalu

Sekiranya anda berkunjung ke Kelantan, jangan lupa untuk mendapatkan keropok cap pinggan yang sedap ini di kedai yang terletak di Tanjung Kuala, Tumpat bersebelahan bangunan Majlis Daerah Tumpat (MDT). Amat rugi jika anda tidak merasainya.

Keropok Segera Cap Pinggan

Tesco KB Lain Daripada Yang Lain

Tesco merupakan antara peruncit antarabangsa yang sudah lama mengambil tempat di Malaysia. Tesco berpangkalan di United Kingdom dan merupakan syarikat peruncit yang ke-3 terbesar di dunia.

Tesco KB
Ibu Pejabat Tesco Di UK

Tesco KB
Pasaraya Tesco KB

Pasaraya Tesco ditubuhkan pada tahun 1919 dan mempunyai lebih kurang 6300 buah cawangan di serata dunia termasuklah di Kota Bharu, Kelantan.

Namun, cawangan Tesco di Kota Bharu mempunyai kelainannya yang tersendiri. Di sini terdapat 4 fakta menarik tentang tesco di Kota Bharu.

  1. Tesco pertama di dunia yang ditutup ketika solat Jumaat.
  2. Tesco pertama yang tidak menjual minuman keras dan makanan tidak halal.
  3. 85% daripada pelanggan Tesco membuat pembayaran secara tunai.
  4. Tesco yang pertama di dunia yang menggunakan tulisan jawi untuk jenamanya.
Tesco KB
Tesco Dalam Tulisan Jawi

Fakta Menarik Tentang Tesco KB

Wednesday, 25 February 2015

Sejarah Kota Bharu

Kota Bharu merupakan sebuah ibu kota yang terletak di negeri Kelantan. Kota Bharu terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan. Perkataan 'Kota' bermaksud sesebuah bandar dan 'Kota Bharu' bermaksud sebuah bandar yang baru. Kota Bharu terletak di tebing sebelah timur Sungai Kelantan dan agak jauh dengan landasan kereta api yang terletak di tebing sebelah Barat Sungai Kelantan. Bandar ini adalah pusat komersil dan juga merupakan Bandar Diraja Kelantan.


Kota Bharu
Peta Kota Bharu & Kawasan Sekitarnya
Kota Bharu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Bharu telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Muhammad ke-2 ( Sultan Senik Mulut Merah ) pada tahun 1844. Namun kawasan penempatan di situ dipercayai telah diterokai lama sebelum itu. Apabila Sultan Muhammad yang pertama ( Long Muhammad bin Long Yunus ) mangkat pada tahun 1837, Long Zainal ( Adinda kepada Sultan Muhammad 1 ) dengan sokongan sejumlah kerabat Diraja mengisytiharkan dirinya sebagai Yang Dipertuan Kelantan. Manakala Long Senik Mulut Merah ( Anak saudara kepada Almarhum Sultan Muhammad 1 dan Long Zainal ) yang dipersetujui bakal pengganti oleh Almarhum Sultan Muhammad 1 diketepikan. Sultan Kelantan sekarang ialah Sultan Muhammad yang ke-5 yang sangat dikenali oleh rakyat Kelantan dengan perwatakannya yang baik dan berjiwa rakyat.

Kota Bharu
Sultan Muhammad Ke-5 Yang Sentiasa Mesra Dengan Rakyat
Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Kota Bharu seperti KB Burger Bakar dan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Tempat-tempat menarik ini akan diceritakan di dalam entri yang seterusnya.

Kota Bharu Online

 
KOTA BHARU ONLINE © 2015 - Designed by Templateism.com