KB Burger Bakar

Burger Bakar Best

Anda pernah makan burger bakar? Pada kali ini, admin akan menceritakan mengenai sebuah kedai Burger Bakar yang terkenal di Kota Bharu. KB Burger Bakar merupakan sebuah kedai burger yang tidak asing lagi bagi penduduk di Kota Bharu.

KB Burger Bakar

KB Burger Bakar terletak di Jalan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan. Apa menu yang menarik kat sini? Sudah tentulah menu burger yang disajikan. Burger yang dijual di sini adalah lain daripada yang lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Burger Bakar

Meleleh air liur bila tengok burger bakar kat atas kan? Walaupun harganya adalah sedikit mahal berbanding burger yang dijual di kedai lain, namun keunikan dan keenakan rasa daging yang sebenar tetap mampu memberikan nikmat kepada para pengunjung yang singgah di sini.


Selain burger bakar, terdapat juga menu lain yang disajikan di KB Burger Bakar. Antaranya adalah mee goreng, kuey teow tomyam, maggi tiram dan banyak lagi menu lain. Kalau nak tahu lebih banyak lagi menu yang ditawarkan, anda bolehlah berkunjung terus ke kedai KB Burger Bakar.

Kuey Teow Tomyam


Maggi Tiram

Amat rugi sekiranya anda tidak mengunjungi KB Burger Bakar. Kelainannya pasti bakal menambat hati anda.

Post a Comment

 
KOTA BHARU ONLINE © 2015 - Designed by Templateism.com