Wednesday 25 February 2015

Kota Bharu Online

Sejarah Kota Bharu

Kota Bharu merupakan sebuah ibu kota yang terletak di negeri Kelantan. Kota Bharu terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan. Perkataan 'Kota' bermaksud sesebuah bandar dan 'Kota Bharu' bermaksud sebuah bandar yang baru. Kota Bharu terletak di tebing sebelah timur Sungai Kelantan dan agak jauh dengan landasan kereta api yang terletak di tebing sebelah Barat Sungai Kelantan. Bandar ini adalah pusat komersil dan juga merupakan Bandar Diraja Kelantan.


Kota Bharu
Peta Kota Bharu & Kawasan Sekitarnya
Kota Bharu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Bharu telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Muhammad ke-2 ( Sultan Senik Mulut Merah ) pada tahun 1844. Namun kawasan penempatan di situ dipercayai telah diterokai lama sebelum itu. Apabila Sultan Muhammad yang pertama ( Long Muhammad bin Long Yunus ) mangkat pada tahun 1837, Long Zainal ( Adinda kepada Sultan Muhammad 1 ) dengan sokongan sejumlah kerabat Diraja mengisytiharkan dirinya sebagai Yang Dipertuan Kelantan. Manakala Long Senik Mulut Merah ( Anak saudara kepada Almarhum Sultan Muhammad 1 dan Long Zainal ) yang dipersetujui bakal pengganti oleh Almarhum Sultan Muhammad 1 diketepikan. Sultan Kelantan sekarang ialah Sultan Muhammad yang ke-5 yang sangat dikenali oleh rakyat Kelantan dengan perwatakannya yang baik dan berjiwa rakyat.

Kota Bharu
Sultan Muhammad Ke-5 Yang Sentiasa Mesra Dengan Rakyat
Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Kota Bharu seperti KB Burger Bakar dan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Tempat-tempat menarik ini akan diceritakan di dalam entri yang seterusnya.

About the Author

Amirul Hakkim

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
KOTA BHARU ONLINE © 2015 - Designed by Templateism.com