Nasi Ulam Kelantan

Restoran Nasi Ulam No. 1

Apabila sebut sahaja nasi ulam, pasti ramai yang akan terbayang Restoran Cikgu Nasi Ulam. Restoran Cikgu Nasi Ulam juga dikenali sebagai Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Restoran ini cukup dikenali oleh rakyat Kelantan. Apa yang menarik dengan restoran ini?


Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan terletak di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.


Kelainan yang ada pada restoran ini adalah ia menyediakan makanan yang ala kampung yang kebanyakannya adalah ulam-ulaman. Bagi mereka yang mempunyai selera kampung, ini adalah tempat yang sesuai untuk mengisi perut yang kelaparan.

Kebanyakan Juadah Terdiri Daripada Ulam-Ulaman




Para Pelanggan Sedang Menjamu Selera



Restoran ini dikenali ramai disebabkan oleh lokasinya yang strategik selain rasa makanannya yang amat sedap. Restoran ini sangat terkenal dengan masakan kampung asli negeri Kelantan. Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Antara juadah yang paling popular di restoran ini adalah ikan keli, budu, gulai masak tempoyak, ikan patin, beraneka ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung yang mungkin tidak pernah anda nikmati.

Ikan Keli Antara Juadah Popular
\


Restoran ini beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 5 petang dan dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Bagi mereka yang meminati masakan kampung, bolehlah berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Bawa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan anda.  Anda pasti tidak akan menyesal.



2 comments:

  1. Best gi sini. Saya dgn wife datang KB hari tu sempat singgah makan memang terbaekk

    ReplyDelete

 
KOTA BHARU ONLINE © 2015 - Designed by Templateism.com