Keropok Segera Tersedap Di Kelantan
Anda pernah dengar nama 'Keropok Cap Pinggan'? Mungkin ini kali pertama bagi sesetengah orang. Pada entri kali ini, admin akan menceritakan sedikit pasal keropok cap pinggan yang cukup terkenal di negeri Kelantan.
![]() |
Keropok Segera Cap Pinggan |
Apa yang uniknya dengan keropok cap pinggan? Rasa keropok ini adalah berbeza berbanding keropok lain yang dijual di pasaran. Rasanya sedap dan berbeza disebabkan oleh cara pembuatannya yang teliti. Pemilihan ikan juga menjadi faktor keunikan rasa keropok cap pinggan ini.
Ramuan asas yang digunakan dalam pembuatan keropok cap pinggan ini adalah ikan selayang, sagu, kanji, garam dan juga perisa yang dibenarkan. Keropok cap pinggan sangat diminati penduduk setempat dan bagi yang berkunjung ke Kelantan biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan keropok cap pinggan.
![]() |
Testimoni Customer Keropok Segera Cap Pinggan |
Keropok cap pinggan dijual secara runcit dan borong. Harga runcit bagi keropok ini adalah RM 1, harga yang cukup murah dengan rasanya yang sedap.
![]() |
Enak Dimakan Selalu |
Sekiranya anda berkunjung ke Kelantan, jangan lupa untuk mendapatkan keropok cap pinggan yang sedap ini di kedai yang terletak di Tanjung Kuala, Tumpat bersebelahan bangunan Majlis Daerah Tumpat (MDT). Amat rugi jika anda tidak merasainya.
Post a Comment